THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, November 22, 2008

Minat...

Hem.. persekitaran mempengaruhi seseorang... aku bersetuju dengan pernyataan ni.. aku bukan la nak mengulas panjang lebar mengenai pernyataan nie.. cuma nak menterjemahkan dalam perjalanan hidup aku.. dari kecik lagi aku dah di sogokkan dengan majalah kartun bermula dari bambino, bujal, dewan pelajar, gila-gila, gelagat, gelihati, ujang, varia lawak, lanun, apo ..kira manyak la.. komik pon aku beli masa dulu yang paling minat doremon pastu dragon ball, sailormoon ... dari kecik aku dah didedahkan dengan visual art yg sebegitu dan menjadikan aku begitu minat untuk melukis... aku juga didapati lebih berminat belajar atau mudah paham dengan penerangan yang disertakan dengan visual... dan boleh dikatakan aku ni ader la sejalur nipis bakat untuk melukis.. tetapi masa aku sekolah menengah cikgu pendidikan seni aku garang tahap gaban... menjadikan aku ngeri untuk masuk ke kelas pendidikan seni.. dia pernah ketuk aku dengan duster... hampeh jer rase... jadi sepanjang aku bersekolah di sekolah menengah aku memang cube mengelakkan mengambil mata pelajaran pendidikan seni ... jadi aku memilih untuk memasuki aliran sains... memang aku bukan mempunyai otak yang cerdas jadi result SPM aku tidak kemana... cume cukup makan untuk aku menyambung form six... semasa form six aku diberikan pilihan samada mengambil 5 subjek atau 4 subjek ... 5 subjek termasuk seni visual... cikgu menyarankan kepada mereka yang kurang bijak mengambil 5 subjek bagi "back up" kalau killer subjek iaitu pengajian perniagaan dapat teruk. walaupun aku bukan la x pandai sangat sebab dek minat aku memilih untuk mengambil seni visual... sejak dari itu minat dan pengetahuan aku tentang visual art ni semakin mendalam... sebenarnya aku bukan sahaja minat melukis tapi apa jua yang membolehkan aku berkreativiti... ni antara hasil lukisan dan kreativiti aku . :))
















berbakat ke aku?