THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, January 7, 2009

Super Mee

Salam... hulaweiii... moh bercerita weii.. emm kali nie aku nak tulis satu cerita yang benar berlaku di satu wilayah di Indonesia.. tapi cerita ini telah diubah suai mengikut citerasa tekak aku yg hamjadah neh... cerita ini juga aku adaptasi dari prof pelawat dr indon yg aku kurang pasti per namanya... jadi aku gelarkan beliau "pak pabloss" jek.. lebih kurang gi2 la name beliau..

Herman Tino adelah salah seornag pemuda yang ganteng yang tinggal di satu daerah di Indonesia.. daerah tersebut didiami oleh orang yang tidak berada seperti Herman Tino. Herman Tino tinggal bersama ibunya di sebuah rumah yang bertaraf rumah orang2 miskin.


" Man ... hari ini makan apa kita deh" tanye mak Herman Tino kepada beliau... " owhh.. usah kuatir buk.. ari ni kita makan enak neh" jawab Herman sambil tangannya mengangkat plastik yang berisi 2 bungkus "super mee"... " ceh" ibu Herman Tino mencebik.... namun ape daya mereka bukan Berkemampuan untuk membeli makanan yg "kren2" gitu.. hampir setiap hari mereka dua beranak makan super mee. Super mee murah dan sngat cepat disediakn dan rasenya boleh tahan enak deh.. sedang Herman Tino berbual-bual dengan ibunya.. Agus Satriani iaitu jiran herman melintasi rumah beliau.. dengan pantas Herman menegur Agus... "Gus..Gus.. mane deh... jalannya cepat bangat" tanye Herman kepada Agus Satriani yang bercita2 menjadi pemain gitar handalan itu.. "oh kak Herman... guer mau ke toko mau beli super mee neh... aku mau cepat kak.. kerna Pak Ari Wibowo jugak ngirim beli super mee" Jwap Agus Satriani berserta penerangan. ... "udah deh.. lekas pergi" kata Herman Tino yang memahami situasi Agus.


Super mee menjadi makanan yang popular dikalangan penduduk daerah ini kerana harganya yang murah dan mampu mengenyangkan. Selepas makan super mee Herman Tino buang pembungkus super mee di belakang rumahnya. Begitu juga Agus Satriani dan juga Pak Ari Wibowo. Perbuatan yang sama juga dilakukan oleh Mbak Anie Monicot, Pak Supardi, Buk Lirna, Buk Arini, mahupun Buk Wulan dan juga kak Jelita yang merupakan jiran2 Herman Tino. Plastik pembungkus super mee memang susah hendak di cerna dan dihuraikan.. bakteria pengurai pon menyumpah untuk menceraikan pembungkus mee super.. liat nk mampos.. macam nk tercabut "keng gigi" bateria tu mengunyah plastik 2.. seperti yang disedia maklom plastik mengambil mase ratus taun untuk terurai sepenuhnya...


Apabila hujan semua plastik pembungkus akan dihanyutkan oleh air larian permukaan menuju ke sistem perparitan dan longkang di kawasan ini. plastik pembungkus super mee menjadi setimbun sampah yang banyak.. yea lah lau Herman Tino dan emaknya makan super mee 3 x seminggu = 6, N lau 20 orng lagi makan 3 x seminggu dah jadi 60 seminggu ... peh 2 berlarutan berbulan .. pehhh banyak 2... kehadiran pembungkus tersebut telah menyebabkan sistem longkang dan perparitan di daerah atau kawasan ini tersumbat.


Pada satu hari berlaku hujan lebat yang berturut2 selama 3 hari... disebabkan sistem perparitan yang tersembat maka berlakulah banjir d kawasn tersebut. mendengar akan bencana yang menimpa Herman Tino dan jiran2nya bapak ketua jajahan menunjukan keprihatinannya... bapak ketua jajahan menyeru badan2 keparat menjalankan CSR masing2. CSR lam bahase lain adalah tnggungjwb sosial keparat. Maka syarikat pengeluar super mee dengan murah hati menjalankan CSR mereka. Tokei syarikat ini dengan kembang hidung menyumbangkan super mee kepada herman tino dan lain-lain. herman tino dan ibunya sangat gembira kerana mendapat sekotak super mee secara percuma..

" wahh... lumayan nie buk ... dapat super mee banyak gini neh" kate Herman Tino dengan sengeh yang melebar sehingga terserlah giginya yang hitam akibat menyedut rokok kretek. Maka Herman Tino, ibunya dan jirannya makan super mee lagi dan buang pembungkus super mee lagi... maka bertambahlah jumlah pembungkus super mee yang di buang. Bakteria pengurai menyumpah2 tokei kompeni super mee. " brengsek,kompeni super mee.. wa the f**K CSR !" sumpah bateria pengurai tersebut.


Notakakitanpecagu: "Super Mee" adalah mee segera atau di Malaysia glamer orang panggil "Maggi"
** abaikan kesalahan tatabahasa serta tatatertib penulisan... juga abaikan kesilapan bahasa sinetron aku 2 ek..


4 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

mee slurrrrpppp lagi best wehhhh....

kasihlatifah78 said...

amboi ko citer cam benda yg ko blajer itu ajer deh....

~^^^^^~~~^^^^^~ said...

cik ngah---> hehehhe besh kew?

~^^^^^~~~^^^^^~ said...

akak----> ah iye dong... mau kongsi2 !